Soalan lazim yang selalu menimbulkan pertanyaan oleh ibu bapa & penjaga pelajar

Ibu bapa/ penjaga boleh menyertai kumpulan media sosial telegram 'MRSM Lenggong Official Info' seperti pautan berikut https://t.me/joinchat/AAAAAFfh1a3Jy9YQatNBFw ATAU menggunakan QR Code berikut untuk join ke telegram tersebut.

Perisian yang perlu dipasang pada telefon pintar para ibu bapa/penjaga adalah:
1. Perisian Telegram (Versi Terkini)
2. Perisian QR Scanner (untuk scan QR Code di atas)

Ya, ada, iaitu pembayaran Wang Caruman sebanyak RM 60.00, RM 80.00, RM 100 sebulan mengikut pendapatan keluarga dan bayaran Dobi Koperasi sebanyak RM 10.00 sebulan. Wang Caruman perlu dibayar sehingga bulan Disember manakala Wang Dobi Koperasi pula sehingga bulan Oktober.

Wang Caruman dalah bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak MARA bagi setiap pelajar dan dibayar kepada pihak MARA untuk digunakan sebagai bayaran aktiviti-aktiviti pelajar MRSM berkenaan.

Ya. Boleh sekiranya anak tuan/puan mendapat Bantuan Kewangan dari pihak MARA.

Bantuan Kewangan yang akan diberikan adalah pengecualian daripada membayar Wang Caruman dan pemberian Wang Saku kepada pelajar oleh pihak MARA.

Mereka yang layak menerima Bantuan Kewangan adalah pelajar yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan tanggungan ramai. Dalam hal ini, pengiraannya dibuat dengan menggunakan formula yang telah ditetapkan oleh pihak MARA berdasarkan jumlah pendapatan keluarga dan jumlah tanggungan dalam keluarga.

Berdasarkan kepada formula yang telah ditetapkan oleh pihak MARA maka anak tuan/puan akan mendapat bantuan dalam salah satu kategori seperti berikut :-

i.  Anak tuan/puan layak mendapat bantuan penuh iaitu pengecualian daripada membayar Wang Caruman dan mendapat Wang Saku.
ii. Anak tuan/puan hanya layak mendapat pengecualian Wang Caruman sahaja.

Tuan/puan boleh mengisi Borang Permohonan Bantuan Kewangan, yang boleh didapati dalam Buku Panduan Pelajar Baru. Borang tersebut juga boleh didapati di Pejabat MRSM Lenggong. Borang yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada kami untuk diproses. Tuan/puan akan dimaklumkan samada anak tuan/puan layak atau tidak layak menerima Bantuan Kewangan tersebut.

Tuan/puan boleh membuat bayaran di Pejabat MRSM Lenggong, Pejabat MARA Daerah, Pejabat MARA Negeri dan secara online.

Boleh, namun jika ibubapa mampu membayar ikut semester atau bayaran setahun penuh amat dialu-alukan. Wang Caruman ini hendaklah terus dibayar sehingga anak tuan/puan mendapat bantuan kewangan (jika layak).

Mengikut surat pekeliling Bahagian Pendidikan Menengah MARA Bil 2/2011, tiada pertukaran bagi pelajar ke MRSM lain. Pelajar yang ditawarkan ke MRSM mestilah melapor diri di MRSM yang ditetapkan dan kekal di MRSM berkenaan sehingga tamat pengajian.

Boleh, sekiranya anak tuan/puan tidak terlibat dengan aktiviti rasmi maktab TETAPI hendaklah memohon kebenaran dari pengetua melalui surat sama seperti prosedur balik bermalam.

Ya. MRSM Lenggong akan memberikan pinjaman buku teks kepada semua pelajar. Sekiranya pelajar menghilangkan/memulangkan buku teks yang tidak cukup dengan jumlah yang diberikan MAKA pelajar tersebut perlu menggantikan buku yang hilang. Sekiranya pelajar tidak dapat menggantikan buku yang hilang MAKA pelajar dibenarkan membuat bayaran mengikut harga buku yang hilang kepada pihak MRSM Lenggong.

Tidak boleh. Ahli bilik telah ditetapkan mengikut homeroom.

Tidak boleh. Keluarga pelajar tidak dibenarkan masuk ke kawasan asrama. Ibubapa hanya dibenarkan masuk ke asrama pada akhir tahun cuti semester sahaja.

Ya, anak tuan/puan perlu mengosongkan almari pada cuti akhir tahun semester 2. Barang/alatan yang tidak dibawa pulang boleh disimpan di stor penyimpanan yang berada di setiap aras asrama. Pelajar perlu mengemaskan bilik sebelum cuti akhir tahun.

Boleh. Ibu bapa hendaklah mengisi borang permohonan keluar dari sistem MRSM. Borang tersebut boleh didapati di pejabat MRSM Lenggong.

Secara puratanya adalah 2 kali sebulan. Sila rujuk kepada Jadual Pulang Bermalam seperti yang telah diberikan.

Pulang Bermalam Pilihan: Ibu bapa/ penjaga dikehendaki mengisi borang dalam bentuk Google Form yang boleh diperolehi melalui telegram maktab 'MRSM Lenggong Official Info' selewat-lewatnya 3 hari sebelum pulang bermalam (Selasa).

Kes Kecemasan: Ibu bapa/ penjaga boleh membuat permohonan kepada pengetua dengan menulis surat dan dipos/email kepada tpppmrsmlgg@gmail.com atau difakskan kepada 05-7676300. Surat tersebut perlu sampai 3 hari sebelum tarikh balik bermalam. Sekiranya ada kecemasan maka tuan/puan boleh menelefon terus kepada pihak maktab.

Ibu bapa/ penjaga boleh melawat anak tuan/puan setiap minggu pada hari Jumaat (2.30 p.m - 6.00 p.m), Sabtu dan Ahad (10.30 a.m - 6.00 p.m). Ibubapa dibenarkan membawa anak keluar semasa waktu lawatan. Ibubapa perlu melaporkan diri di pondok pengawal sebelum masuk dan apabila membawa anak keluar maka anak tuan/puan perlu melaporkan diri di pondok pengawal semasa keluar dan semasa masuk semula ke maktab.

a. Anak tuan/puan perlu mendapatkan kebenaran dari guru asrama bertugas (Guru bertugas akan menandatangani Kad Outing sebelum dibenarkan keluar. (Sekiranya kad outing telah hilang, kad outing baru boleh diperolehi di Koperasi MRSM Lenggong)
b. Guru asrama bertugas akan berada di Bilik Warden bertugas pada waktu yang telah dtetapkan iaitu dari 2.30 p.m - 4.30 p.m pada hari Jumaat dan dari 10.30 pagi hingga 1.00 tengah hari pada hari Sabtu, Ahad dan pada Cuti Kelepasan Am.
c. Pelajar mesti memakai pakaian yang dibenarkan untuk outing iaitu baju sekolah rasmi/baju batik maktab/t-shirt maktab dan kasut kulit/pvc hitam.
d. Sebelum meninggalkan maktab, kad outing tersebut mesti diserahkan kepada Pengawal Keselamatan yang bertugas di Pondok Pengawal MRSM Lenggong.
e. Sekembali ke maktab, pengawal keselamatan perlu menandatangani kad outing pelajar dan menyerahkan kembali kad outing tersebut kepada pelajar di Pondok Pengawal.

Pelajar dibenarkan outing pada hari Jumaat dari 3.00 petang hingga 6.00 petang ke bandar Lenggong mengikut penggiliran jantina yang ditetapkan oleh pihak guru asrama.
Manakala hari Sabtu dibenarkan outing bermula jam 10.30 pagi - 6.00 petang ke bandar Lenggong/Kuala Kangsar mengikut penggiliran jantina yang ditetapkan oleh pihak guru asrama.
Manakala hari Ahad, dibenarkan outing bersama keluarga bermula jam 10.30 pagi - 6.00 petang. Cara untuk outing sendiri/bersama teman sama seperti no.4.

Tidak. Perkhidmatan bas berbayar yang disediakan adalah inisiatif Badan Kepimpinan Pelajar (BKP) MRSM Lenggong.

Boleh tetapi tertakluk kepada peraturan penggunaan telefon bimbit MRSM Lenggong seperti dibawah.

SPESIFIKASI TELIFON BIMBIT

Pelajar dibenarkan membawa apa sahaja jenama telefon bimbit yang bernilai tidak melebihi RM100.00 serta tidak memounyai kad memori, kamera dan bluetooth.

1. Telefon bimbit / tablet/ laptop dan nombor hendaklah didaftarkan dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar MRSM Lengggong.
2. Pelajar perlu menandatangani Borang Pendaftaran Telefon Bimbit / Tablet/ Laptop yang disediakan.
3. Bayaran sebanyak RM 10.00 bagi setiap telefon bimbit / tablet/ Laptop akan dikenakan untuk tempoh satu tahun.
4. Setiap pelajar hanya dibenarkan untuk mendaftarkan satu set telefon bimbit / tablet/ laptop dan satu nombor sahaja.
5. Pelajar hanya dibenarkan mengecas telefon bimbit / tablet/ laptop di dalam kawasan asrama ruang khas yang disediakan/dikhaskan sahaja.
6. Pihak maktab mempunyai hak untuk memeriksa dan memantau penggunaan telefon bimbit / tablet/ laptop pelajar dari masa ke semasa. Sebarang salah laku berhubung dengan penggunaan telefon bimbit / tablet/ laptop akan diambil tindakan.
7. Sebarang bentuk penyalahgunaan telefon bimbit / tablet/ laptop akan dikenakan tindakan mengikut peraturan pengurusan disiplin maktab.
8. Pelajar dan ibu / bapa perlu menandatangani Surat Perjanjian membawa telefon bimbit / tablet/ laptop ke maktab. Sekiranya gagal berbuat demikian penggunaan telefon bimbit / tablet/ laptop boleh diambil tindakan/ dirampas.

TEMPAT DAN MASA PENGGUNAAN

1. Penggunaan telefon bimbit / tablet/ laptop hanya di kawasan asrama sahaja.
2. Pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit / tablet/ laptop sepanjang masa tetapi hendaklah “Switch Off” telefon bimbit / tablet/ laptop ketika berada di bangunan akademik.

Waktu yang DILARANG menggunakan telefon bimbit / tablet :

a. 7.00 pagi hingga 2.00 petang (Isnin hingga Khamis)
b. 7.00 pagi hingga 12.40 tengahari (Jumaat)
c. 3.00 petang hingga 4.30 petang (Isnin hingga Jumaat)
d. 9.00 malam hingga 10.45 malam (Ahad hingga Jumaat)
e. Semasa sesi persekolahan, pelajar dibenarkan menggunakan telefon bimbit / tablet/ laptop sekiranya guru menggunakannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran
f. Waktu majlis rasmi (perhimpunan, ceramah, kelas tambahan dan sebagainya)
g. Selepas waktu Light Off (selepas 11.00 malam)

(IBU BAPA DIMINTA TIDAK MENGHUBUNGI ANAK-ANAK PADA WAKTU-WAKTU LARANGAN)

KESELAMATAN TELIFON BIMBIT/ TABLET


Keselamatan telefon bimbit / tablet/ laptop adalah tanggungjawab pelajar dan ibu bapa. Pihak maktab tidak akan menggantikan atau membayar gantirugi atas kehilangan atau kerosakan dan penyimpanan telefon bimbit / tablet/ laptop pelajar. Walaubagaimanapun kes-kes pelanggaran disiplin yang ada kaitan dengan telefon bimbit / tablet/ laptop akan dikendalikan mengikut Panduan Pengurusan Disiplin yang sedia ada.

Sebarang pelanggaran dasar dan peraturan oleh pelajar akan diambil tindakan. Antara langkah yang boleh diambil oleh pihak maktab adalah :
a. Merampas telefon bimbit / tablet/ laptop.
b. Menarik balik kebenaran penggunaan telefon bimbit / tablet/ laptop.
c. Mengenakan tindakan disiplin mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak MARA atau maktab.
d. Telefon bimbit / tablet/ laptop yang dirampas hanya akan dikembalikan kepada ibu bapa sahaja.
e. Demerit sebanyak 500.

PERATURAN INI AKAN DITAMBAH ATAU DIUBAH MENGIKUT KESESUAIAN DARI MASA KE SEMASA.